PPerkhemahan Pandu Puteri telah di adakan pada 26 Jun hingga 28 Jun 2019 selama 3 hari. Aktiviti di adakan di Kem Delta Komasir Kg Permatang Pasir Banting Selangor. Seramai 138 orang peserta terdiri daripada murid tunas puteri( sk-78) dan Pandu Puteri( SMK-50). SK Bukit Changgang disertai seramai 3 orang murid.

Perkhemahan ini dapat.memupuk semangat jati diri dalam setiap diri ahli pandu puteri, melatih murid dengan kemahiran jenis-jenis ikatan serta mendapatkan lencana Calit Emas,Tangga Emas dan Tangan Emas

Aktiviti hari pertama mendirikan khemah dan lencana kecekapan Tangan Emas. Tangan Emas murid diajar dengan pelbagai jenis ikatan seperti buku sila,ikat simpul,simpul manuk,lilit pemati mudah dan lain-lain.

Hari kedua lencana Tangga Emas ,murid di bawa meneroka bukit jugra dalam masa 2 jam. Murid di kehendaki mencatat, ambil gambar dan membawa sempel utk di tampal dalam fail log sebagai bahan bukti untuk lencana kecekapan setiap murid mencatat enam jenis daun dan  enam jenis serangga.

Hari ketiga ujian kemahiran dan majlis perpisahan dan penyerahan sijil penyertaan.Majlis penutup dirasmikan oleh encik Mohammad Syafiq bin Shamsul Kamal.

OBJEKTIF

Perkhemahan ini dapat.memupuk semangat jati diri dalam setiap diri ahli pandu puteri, melatih murid dengan kemahiran jenis-jenis ikatan.

Aktiviti yang di laksanakan sepanjang perkhemahan.

Hari pertama 26 Jun 2019

Mendirikan khemah

Hari kedua-27 Jun 2019

Berkumpul sebelum mendaki bukit Jugra.Murid- murid di beri taklimat tentang cara pendakian dan mencatat 6 jenis pokok hutan dan 6 jenis serangga yang dijumpai beserta gambar.

Mencatat nota selepas mendaki bukit Jugra.

Hari ketiga 28.6.2019

Ujian kelayakan lencana kecekapan

Hasil kraf murid berdasarkan ikatan yang dipelajari.

Bersama 3 orang murid skbc

Berdiri di sebelah kanan Nurul Izzati.berdiri di sebelah kiri Fatin Qaisara dan Duduk Nur Qaireen.Guru pengiring Pn Rohani dan Pn Manja.

Pin It on Pinterest

Share This