Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang julung-julung kalinya telah tercalon dalam 3 kategori di Anugerah Kokurikulum dan Sukan Daerah Kuala Langat. En. Fitri Aziz Bin Sahlan menjadi juara kategori Guru Sukan Cemerlang 2019.

Nurul Aina binti Abdul Zaidi telah mendapat Tempat ke tiga bagi kategori Murid Cemerlang Kokurikulum perempuan manakala Nur Firzanah Abyan binti Ismail mendapat saguhati tempat ke lima. Nur Firzanah juga telah menerima sijil penghargaan kerana mewakili daerah ke peringkat kebangsaan dalam program Ijtima’ Penarafan Puteri Peringkat Kebangsaan dengan memperoleh anugerah Puteri Bongsu Cemerlang.

Puan Norizan Zakaria pula m

endapat Tempat ke empat dalam kategori Kelab Persatuan Cemerlang.

Sesungguhnya anugerah yang diterima akan memberikan suntikan semangat untuk Warga SKBC memulakan langkah di tahun 2020 nanti.

Pin It on Pinterest

Share This