Setelah 1Bestarinet ditamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggunakan pelantar pembelajaran baru iaitu Google Classroom bagi menggantikan Frog VLE.

Google Classroom merupakan perkhidmatan internet yang dibangunkan oleh Google bertujuan untuk memudahkan urusan pembahagian dan penandaan tugasan sekolah tanpa menggunakan kertas. Selain itu, proses perkongsian fail antara para guru dan murid juga lebih mudah dan selaras.

Pada 19 dan 20 September 2019, bengkel Google Classroom telah diadakan untuk membantu para guru menggunakan aplikasi ini dalam pembelajaran dan pengurusan di sekolah. Bengkel ini dijalankan di Makmal Komputer bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari. Seramai 60 orang guru telah menyertai bengkel tersebut.

Antara pengisian bengkel pada kedua-dua hari tersebut ialah panduan asas penggunaan GC, bagaimana membina kelas, menjemput murid dan guru menyertai kelas, berkongsi maklumat tugasan, soalan dan bahan. Selain itu guru-guru juga diajar cara menggunakan aplikasi yang terdapat dalam GC seperti Kahoot, Quizizz, Youtube dan Padlet.

Pn. Fauziah berkongsi ilmu dengan para guru pada hari pertama bengkel 19 September 2019

Kumpulan pertama yang hadir dalam bengkel GC adalah seramai 36 orang.

En. Tamimi yang sentiasa memberi kerjasama dalam penggunaan GC di sekolah.

Pada 20 September 2019, En. Zailan pula menerangkan penggunaan GC pada kumpulan kedua.

Kumpulan kedua pula disertai oleh seramai 24 orang guru.

Semoga guru-guru SKBC dapat menggunakan GC dalam Pdpc dan pengurusan bilik darjah dengan lebih baik pada masa akan datang.

Pin It on Pinterest

Share This