Pada 23 November 2019, Sabtu, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mengadakan Hari Orientasi dan Pendaftaran Murid Tahun 1 2020. Seramai 237 orang murid tahun 1 telah mendaftar secara online dari awal tahun. Pendaftaran pada hari ini menunjukkan seramai 191 telah membuat pendaftaran.

Ibu bapa dan penjaga mula mendaftar pada pukul 8.00 pagi.

AJK pendaftaran telah menerima seramai 191 orang murid.

Semua AJK Hari Orientasi Murid Tahun 1 bersarapan di kantin sebelum mula menjalankan tugas.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Nakhoie b. Ahmad Badawi.

Barisan pentadbir SKBC yang turut bersama-sama menjayakan program pada hari ini.

Penyelaras Tahun 1, Pn. Kamsiah bt Yusof yang sentiasa berharap perjalanan majlis berjalan dengan lancar.

Guru besar, En. Mohamad Ali b. Alimin menyampaikan ucapan alu-aluan.

En. Zainal bin Misman, GPK HEM memberi penerangan berkaitan dengan pendaftaran dan kehadiran murid.

En. Mohamad Khairul Hazim b. Badaru’din , guru disiplin menerangkan tentang peraturan dan disiplin.

En. Zailan B. Mohd Zaid, GPK Pentadbiran menerangkan tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Ajk Agihan buku teks yang bersedia di kaunter masing- masing.

Pn. Nafisah, guru SPBT bersama 185 set bekalan buku teks yang akan diagihkan kepada ibu bapa yang mendaftar murid tahun 1 2020.

Kehadiran ibu bapa dan penjaga tahun 1 2020 dalam program ini diharap dapat memudahkan urusan persekolahan murid-murid pada awal tahun nanti. Ini secara tidak langsung akan memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran daripada hari pertama persekolahan mereka.

Pin It on Pinterest

Share This