Hour Of Code (HOC) adalah satu pengenalan kepada Sains Komputer menggunakan pergerakan global yang diterajui oleh code.org yang memfokuskan pendedahan awal kepada murid berkaitan dengan coding dan pengaturcaraan selama satu jam. Matlamat HOC adalah mendedahkan kepada murid bahawa sains komputer adalah menyeronokkan dan kreatif, boleh diakses oleh semua peringkat umur, untuk semua pelajar, tanpa mengira latar belakang.

Setiap murid boleh menyertai dan berpeluang untuk belajar sains komputer. Program ini membantu memupuk kemahiran penyelesaian masalah, logik dan kreativiti.

Antara program yang boleh diikuti oleh murid- murid ialah Minecraft, Star Wars, Angry Birds dan Anna dan Elsa. Setiap murid yang berjaya menyelesaikan setiap tutorial akan diberi sijil.

46 orang murid telah berjaya mempetolehi sijil yang disediakan oleh pihak penganjur. Semoga aktiviti ini akan diteruskan pada tahun akan datang untuk membantu murid- murid lebih berfikiran kreatif dan kritis sejajar dengan perubahan dalam dunia pendidikan kini.

Pin It on Pinterest

Share This