Pada 7 November 2019, tercipta satu lagi kenangan buat murid-murid Tahun 6, SK Bukit Changgang. Majlis Jamuan Akhir Tahun ini diadakan di Dewan Gemilang SKBC. Tujuan majlis ini diadakan tanda menghargai anak-anak Tahun 6 yang akan menamatkan sekolah rendah mereka pada penghujung tahun ini. Majlis ini disertai oleh seramai 160 orang murid dan semua warga sekolah dijemput untuk menghadiri majlis ini. Majlis bertemakan “Arabian” merupakan majlis yang julung kali diadakan. Pelbagai makanan disajikan tidak kurang juga persembahan nasyid dan deklamasi sajak oleh murid-murid. Persembahan ini merupakan salah satu hasil daripada aktiviti Program Pasca UPSR 2019. Harapan agar majlis ini dapat menjadi satu kenangan manis buat semua warga SKBC khasnya calon-calon UPSR 2019.

Harapan agar majlis yang diadakan ini dapat merapatkan ukhuwah antara semua warga SKBC.

Bergambar kenangan bersama-sama.

Menjamu selera menu nasi arab.

Antara barisan guru-guru Tahun 6.

Ucapan wakil murid, adik Muhammad Fawwaz bin Mohd Shahrolnizam.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh Encik Zainal bin Misman, GPK Hal Ehwal Murid.

Penyampaian hadiah oleh Puan Salmah binti Salimin, Guru PSS SKBC.

Ucapan Tuan Guru Besar, Encik Mohamad Ali bin Alimin.

Sajak disampaikan oleh adik Fakhriy Fashin bin Mohd Fharizz.

AJK Jamuan.

Barisan pentadbir.

Penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar kepada Puan Salwana binti Zakaria, Ketua AJK Jamuan Tahun 6.

Antara barisan tetamu yang hadir.

Pin It on Pinterest

Share This