Pada 14 Mac 2019 yang lalu, Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Kuala Langat telah diadakan di SK Kampung Medan, Banting, Selangor. Beberapa pertandingan kategori sekolah rendah telah dijalankan secara serentak di beberapa lokasi berbeza di sekolah tersebut. Antara acara yang telah dijalankan ialah pertandingan Public Speaking, pertandingan Action Song, pertandingan Story Telling dan pertandingan Poetry Recitation.

Objektif Karnival Bahasa Inggeris ini diadakan adalah untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid seterusnya menarik minat mereka untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam. Hal ini sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Melalui Program Karnival Bahasa Inggeris seumpama ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai pentingnya Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan ia dapat membantu dalam mendalami pelbagai ilmu berguna dengan lebih luas.

Seramai 15 orang murid Tahun 3 SK Bukit Changgang terlibat dalam Pertandingan Action Song ini. Pasukan ini telah dipimpin oleh Pn. Azarina binti Mahmuddin dan Pn. Rohani binti Yusop. Bagi pertandingan Poetry Recitation pula peserta yang terlibat ialah murid Tahun 6 iaitu Nur Alya Wardina bt Mohamad Rodzi dan Sarah binti Faziazam. Peserta ini telah dilatih oleh cik Pavitradevi a/p Ganesan. Pertandingan Public Speaking pula telah disertai oleh adik Amira Aina Musfirah binti Azalan dan telah dipimpin oleh Cik Salmi binti Burhanuddin.

Karnival Bahasa Inggeris ini telah memberi satu peluang keemasan kepada para pelajar mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan seperti Poetry Recitation dan Public Speaking. Para pelajar telah membuktikan bahawa Bahasa Inggeris bukanlah suatu halangan malah ia merupakan suatu kelebihan yang terpendam dalam diri mereka.

Peserta Action Song sedang menunggu giliran

Persembahan murid SKBC

Peserta Public Speaking SKBC

Pin It on Pinterest

Share This