Pada 24/10/2019 iaitu pada hari Khamis, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Tahun 6 dan Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan kursus pengurusan jenazah bagi murid-murid tahun 6. Kursus ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program pasca UPSR 2019.

Kursus ni melibatkan semua murid tahun 6 yang beragama Islam dan guru-guru yang berkelapangan. Kursus disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Nasir bin Miskam, GPK Petang SMK Sungai Manggis merangkap pengurus jenazah di Hospital Banting.

Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 6 cara-cara mengurus jenazah dengan betul. Selain itu, kurus ini dapat membership pendedahan kepada murid langkah yang perlu diambil apabila berhadapan dengan kematian.

Semoga dengan penganjuran kursus ini dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid tentang kematian dan cara-cara mengurus jenazah dengan betul.

Pin It on Pinterest

Share This