Banting, 13 November 2019: SK Bukit Changgang telah melangsungkan ” Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah 2019″. Majlis ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada murid-murid prasekolah diatas kesungguhan dalam menimba ilmu.

Majlis dirasmikan oleh En Adnan Bin Md Ralip, Tuan Pengawai Pendidikan Prasekolah / Permata Daerah Kuala Langat. Dalam uacapan tersebut beliau telah menasihatkan ibu bapa agar lebih peka terhadap pendidikan anak-anak yang bakal menjadi pewaris terbaik negara. Anak-anak ibarat emas permata yang perlu diasah dan digilap dari awal.

Ucapan perasmi oleh tuan Ppd Prasekolah/Permata Daerah Kuala Langat

Guru Besar SKBC En Mohamad Ali Bin Alimin, Tuan Ppd En Adenan bin Md Rasip serta YDP PIBG SKBC Dato Ngadenin Bin Musa.

Barisan Guru-guru Prasekolah SK Bukit Changgang bersama Tn. PPD Kuala Langat

Bacaan surah dari adik Aqef Faeq dan adik Amir Hurairah

Pengacara cilik yang diasah bakatnya dalam bidang pengacaraan.

Ibu bapa tutut memeriahkan majlis

Persembahan Coral speaking ” Kitar Semula” dari kelas Zuhrah

Persembahan Zapin ” Zapin Melayu” dari kelas Marikh

Persembahan muzikal “Hutang, Floor 88” dari kelas Zuhal

Persembahan Coral Speaking “Segala Puji bagi Allah” dari kelas Musytari

Persembahan Muzikal” Bunyi Gitar” dari kelas Utarid.

Persembahan Muzikal “Senaman Si Tommy” dari kelas Uranus

Anak-anak Prasekolah yang diraikan

Keceriaan terpancar di wajah anak-anak prasekolah.

Semoga anak-anak prasekolah SK Bukit Changgang sentiasa cemerlang dan gemilang. “Bersinarlah wahai anak-anak seperti permata, bawalah diri kamu sebaik-baiknya di dunia dan akhirat” .Selamat maju jaya.

Pin It on Pinterest

Share This