Pada 6 November, 2019 (Rabu), SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat (CAS), Kolej Mara Banting bagi Kumpulan A. Mereka terdiri daripada seorang Penasihat Program dan 8 orang pelajar. Penasihat Program bagi Kumpulan A ini ialah YM Tengku Hazlina binti Tengku Mohamad. Mereka telah menjalankan program ini selama 8 minggu iaitu dari bulan Ogos sehingga bulan November. Mereka datang ke SKBC selang seminggu.Program Khidmat Masyarakat (CAS) ini membolehkan pelajar meningkatkan pembangunan peribadi dan interpersonal mereka melalui pengalaman. Ia memberikan peluang untuk pelajar bekerjasama dengan orang lain, memupuk rasa kesungguhan dan ketelitian daripada aktiviti yang dijalankan.Di SK Bukit Changgang, pelajar ini telah melakukan aktiviti akademik dan melukis mural. Aktiviti akademik yang dijalankan iaitu membantu murid tahun 1 dalam kemahiran membaca. Sementara mural yang dilukis ialah yang berkaitan dengan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Mereka telah dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman kepada para pelajar.
Gambar-gambar di bawah menunjukkan aktiviti sepanjang 8 minggu di SKBC.Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat (CAS) Kolej Mara Banting (Kumpulan A)
by Masirah | Nov 9, 2019 | Berita Sekolah
Recent Comments