Pada 13 November, 2019 (Rabu), SK Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Masyarakat (CAS), Kolej Mara Banting bagi Kumpulan B.Mereka terdiri daripada seorang Penasihat Program dan 8 orang pelajar. Penasihat Program bagi Kumpulan B ini ialah Pn. Norhayatee binti Ismail.

Mereka telah menjalankan program ini selama 8 minggu iaitu dari bulan Ogos sehingga bulan November 2019. Mereka datang ke SKBC selang seminggu.

Program CAS ini membolehkan pelajar meningkatkan pembangunan peribadi dan interpersonal mereka melalui pengalaman. Ini memberikan peluang untuk pelajar bekerjasama dengan orang lain, memupuk rasa kesungguhan dan ketelitian daripada aktiviti yang dijalankan.

Di SKBC, pelajar ini telah menjalankan aktiviti akademik dan aktiviti di taman herba. Aktiviti akademik yang dijalankan ialah bersama murid-murid tahun 4. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, aktiviti tayangan video dalam Bahasa Inggeris serta penggunaan perkataan dalam Bahasa Inggeris.

Sementara aktiviti di taman herba seperti membersihkan taman, menanam pokok herba, mengecat tayar dan melabelkan pokok.Mereka telah dapat menyelesaikan tugasan dengan baik. Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman kepada para pelajar.

Antara pelajar Kolej Mara Banting

Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Khalifah

Ucapan wakil pelajar Kolej Mara Banting iaitu Muhammad Abeed

Ucapan Penasihat Program, Pn. Norhayatee bt. Ismail

Ucapan Perasmian Penutup oleh En. Zainal b. Misman, GPK HEM SKBC

Penyampaian cenderahati disampaikan oleh En.Zainal kepada Penasihat Program.

Penyampaian cenderahati kepada pelajar KMB.

Aktiviti melabelkan pokok.

Gimik Perasmian, dengan menyiram pokok yang ditanam oleh En.Zainal

Penasihat Program juga menyiram pokok yang ditanam.

Bergambar kenangan di taman herba SKBC.

Sedang menikmati jamuan yang disediakan.

Gambar-gambar aktiviti lain, selama 8 minggu di SKBC.

Aktiviti LDK bersama murid tahun 4

Aktiviti membersihkan taman herba.

Tayangan video dalam Bahasa Inggeris.

Aktiviti mengecat tayar

Pin It on Pinterest

Share This