Banting, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 anjuran Pentadbir dan Pengurusan Sekolah  Kebangsaan Bukit Changgang telah berjaya diadakan pada 20 Mei 2019 bertempat di Dewan Gemilang SKBC. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Bertemakan warna hijau, Dewan Gemilang dihias indah, para tetamu dijamu dengan pelbagai  menu juadah hari raya yang enak dan yang pastinya lemang dan rendang tidak dilupakan.

Antara jemputan yang hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya pada tahun ini ialah Puan PPD, pegawai-pegawai PPD, Ketua Kampung, Penghulu Mukim Tanjung 12, Komuniti  setempat, guru-guru SRA Bukit Changgang, barisan pentadbir dari sekolah-sekolah yang berhampiran dan semestinya warga SK Bukit Changgang.

Sepanjang majlis sambutan ini berlangsung, tetamu disajikan dengan lagu-lagu raya dan tayangan montaj kiriman kad ucapan daripada guru-guru SK Bukit Changgang.

Semoga dengan adanya majlis seperti  ini akan dapat mengeratkan lagi  ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan warga SK Bukit Changgang dan komuniti setempat.

Pin It on Pinterest

Share This