Banting, 2 Julai 2019 :

Malam bersinar bulan purnama, Embun di daun mulai membasah, Sejak lama kita bersua, Esok Sabtu kita berpisah.

Adat bertemu ada yang berpisah. Itulah lumrah kehidupan.

Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah mengadakan Majlis Sentuhan Budi, Sekalung Kenangan Menggamit Memori bagi meraikan Pn Zalilah bt Abdullah, Guru Penolong Kanan Petang SK Bukit Changgang yang telah dinaikan pangkat ke Jawatan Penolong Kanan Pentadbiran di SK Olak Lempit. Sekalung Tahniah diucapkan.

Ucapan Puan yang diraikan..

Menerima cenderamata dari pihak sekolah

Menerima cenderamata dari KGKT

Bila memandang ke muka laut,

Nampak sampan mudik ke hulu,

Bila terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu.

Pin It on Pinterest

Share This