SK Bukit Changgang dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam, Unit Tahun 6 & PIBG telah menganjurkan Majlis Malam Munajat & Solat Hajat bersempena Peperiksaan UPSR yang bakal menjelang pada 4/9/2019 hingga 11/9/2019.

Moto program tersebut adalah menjana rohani menjalin ukhuwwah sejati. Selain itu, malam Munajat & Solat Hajat ini juga mempunyai beberapa objektif yang telah digariskan. Antaranya, menyedarkan murid tentang kepentingan solat Dan ibadah, menanam sikap cinta pada ilmu serta menyayangi sesama insan, menyemai keimanan serta keyakinan diri dan memupuk semangat perpaduan di antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.

Program diadakan di Dewan Gemilang SKBC. Dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, Solat Isyak secara berjamaah dan diakhiri dengan tazkirah yang diimami dan disampaikan oleh Tuan Haji Ridzuan Mohamed. Sebelum pulang, ibu bapa dan murid-murid diberi kudapan untuk dibawa pulang.

Diharapkan melalui program ini, murid-murid dapat mendekatkan diri dan berserah kepadaNya setelah bersungguh-sungguh menghadapi pelajaran. Semoga kejayaan menjadi milik anak-anak SKBC.

Pin It on Pinterest

Share This