Pada 8 Oktober 2019,Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah mengadakan pelancaran Bulan Sukan Negara diperingkat sekolah.

Bulan Sukan Negara merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang diteraju oleh YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman bermula pada tahun 2019.Program yang dilaksanakan sepanjang bulan Oktober ini bagi memastikan konsistensi penglibatan rakyat Malaysia untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sukan serta pergerakan fizikal sejajar dengan objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Sukan.

Pengisian program dimulakan dengan gimik perasmian oleh tuan Guru Besar Encik Mohamad Ali Bin Alimin.

Acara diteruskan dengan senamrobik yang menarik dan bertenaga diketuai oleh Puan Julia Binti Paimun yang merupakan tenaga pengajar bebas dari Kementerian Belia dan Sukan bersama rakan-rakannya.

Setelah hampir satu jam setengah bermandi peluh,murid dan guru menikmati minuman Milo sejuk dan lazat dari van Milo.

Murid dan guru tidak melepaskan peluang bergotong royong membina replika tulisan Bulan Sukan Negera daripada cawan kertas Milo yang diminum oleh Warga SK Bukit Changgang.

Seterusnya, bagi merancakkan lagi sambutan,satu pertandingan bola sepak dan bola jaring antara kelas telah diadakan.

in

Kemuncak sambutan, diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan S Rosy Binti Ahman.

Semoga aktiviti yang dijalankan akan dapat menarik minat murid di dalam sukan dan seterusnya melahirkan generasi yang aktif dan sihat.Majulah sukan untuk negara!

Pin It on Pinterest

Share This