Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan supaya semua sekolah melaksanakan pemakaian pakaian seragam kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan. Murid-murid digalakkan memakai pakaian seragam kokurikulum tersebut pada setiap hari Rabu.
Pelaksanaan pemakaian seragam uniform kokurikulum tersebut telah dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum SK Bukit Changgang secara berperingkat. Murid serta guru penasihat dikehendaki memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan selaras dengan garis panduan pelaksanaan dasar ini di dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007.
Bagi Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pula, perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Bagi menyahut seruan ini, Unit Kokurikulum SKBC telah menganjurkan perhimpunan bulanan kokurikulum tersebut pada ketetapan tarikh seperti dibawah :
1. 15 April 2019 -Bulan Sabit Merah Malaysia
2. 17 Jun 2019 – Pengakap
3. 15 Julai 2019 – Pertubuhan Puteri Islam Malaysia
4. 19 Ogos 2019 – Tunas Puteri
5. 14 Oktober 2019 – Tunas Kadet Remaja Sekolah
Antara acara yang dilaksanakan sepanjang perhimpunan tersebut adalah
-bacaan doa
-nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor , lagu sekolah dan lagu unit uniform
-bacaan ikrar-laporan guru bertugas
-pengumuman dan penyampaian sijil
-ucapan GPK Kokurikulum
Melalui perhimpunan ini murid dapat mempelajari cara berkomunikasi,berinteraksi, menguruskan acara dan protokol serta membiasakan murid berucap di khalayak ramai yang dapat melatih dan meningkatkan tahap keyakinan diri, kepimpinan dan semangat berpasukan.
Dengan adanya perhimpunan ini diharapkan dapat memperkasakan aktiviti unit beruniform di peringkat sekolah dan seterusnya aktiviti kokurikulum yang lain. Melalui penganjuran aktiviti ini juga, diharapkan dapat menjadi wasilah untuk merapatkan lagi hubungan antara guru dan murid di sekolah ini.
Recent Comments