Pada 23 Ogos 2019 yang lalu,pasukan Bola Sepak SK Bukit Changgang telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Piala KPM-YBR 1M1S yang telah dilangsungkan di Padang Awam Sungai Buaya.Kejohanan ini diadakan setiap tahun kerjasama antara Bank Rakyat dan juga PPD Kuala Langat.Pasukan Bola Sepak SK Bukit Changgang telah menghantar pemain tahun 4 dan 5 sebagai persediaan menghadapi Kejohanan bawah-11 yang akan datang.Pasukan SK Bukit Changgang hanya berjaya ke saingan suku akhir apabila dikalahkan oleh pasukan SK Kebun Baharu.Semangat yang ditunjukkan oleh para pemain sangat membanggakan namun nasib tidak menyebelahi pasukan kita pada tahun ini.Kita jumpa pada Kejohanan MSSD Kuala Langat pembangunan bawah 11 akan datang. Kami akan datang untuk memberikan cabaran yang lebih sengit pada kejohanan itu.SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL

Pin It on Pinterest

Share This