BUKIT CHANGGANG, 30 September 2019: Bertempat di SK Sijangkang telah diadakan pertandingan Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah peringkat Daerah Kuala Langat yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.

Program tersebut diadakan bagi mengasah bakat kanak-kanak prasekolah sejak berumur 5 tahun.

Lebih kurang 40 buah Prasekolah telah menyertai pertandingan tersebut dan salah sebuah sekolah adalah prasekolah SK Bukit Changgang. Aktiviti yangvtelah dijalankan adalah Pertandingan Nyanyian dan Gerakan, kuiz Pendidikan Islam, Pertandingan Sudoku, pertandingan Bercerita Sains dan Coral Speaking.

Prasekolah SK Bukit Changgang telah menghantar dan menyertai pertandingan Nyanyian dan Gerakan, Pertandingan pendidikan Islam, pertandingan Bercerita Sains dan juga Pertandingan Sudoku..

Prasekolah Sk Bukit Changgang telah memenangi tempat ke – 2 dalam pertandingan Bercerita Sains peringkat Daerah Kuala Langat.

Peserta pertandingan Nyanyian dan Gerakan bersama guru pengiring

Peserta pertandingan bercerita Sains

Peserta pertandingan Sudoku

Peserta pertandingan Kuiz pendidikan Islam

Pin It on Pinterest

Share This