Pada 8 November 2019 (Jumaat), SK Bukit Changgang telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan Dan Sahsiah Diri Murid Tahun 5 2019. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling serta Unit tahun 5 SKBC. Ia juga kerjasama dengan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Di antara objektif program ini ialah:

1) Memberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.

2) Merangsang murid menampilkan potensi diri demi kecemerlangan akademik.

3) Melahirkan insan yang cemerlang untuk diri, keluarga dan masyarakat

4) Membentuk sahsiah diri murid untuk menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian diikuti dengan aktiviti energizer yang dilakukan oleh Cik Nurul Amira bt. Mohd Asri.

Seterusnya slot yang pertama disampaikan oleh Cik Nur Izzati bt.Alfian yang bertajuk ‘Aku mahu jadi anak soleh’.

Seterusnya slot yang kedua, disampaikan oleh En. Muhammad Fazli b. Othman yang bertajuk ‘Aku Mahu Berjaya’.

Murid-murid berasa seronok dan bersemangat untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Bacaan doa dipimpin oleh ustaz Badrul Hisham bin Mohamad

Aktiviti energizer yang dijalankan oleh Cik Nurul Amira.

Murid-murid mendengar dengan khusyuk.

Cik Nur Izzati sedang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Aku mahu jadi anak soleh’

Murid-murid mendengar dengan khusyuk ceramah yang telah disampaikan.

En. Muhammad Fazli sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Aku Mahu Berjaya’

Murid-murid menulis surat kepada ibu bapa.

Guru Besar SKBC, En.Mohamad Ali b. Alimin sedang menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Pin It on Pinterest

Share This