Pada hari Sabtu, 20 Julai 2019, telah berlangsung Program Motivasi & Lonjakan Saujana UPSR bersama ibu bapa dan calon-calon UPSR 2019 di Dewan Gemilang, SK Bukit Changgang.Program Motivasi yang diadakan ini, bertujuan melahirkan insan yang berfikiran positif, berdaya saing dan berakhlak mulia bagi menghadapi pembelajaran seharian. Harapan agar program ini dapat membantu murid-murid sebagai persediaan mental, emosi dan spiritual untuk menghadapi UPSR 2019.Antara objektif program untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan dan merangsang murid menampilkan potensi diri demi kecemerlangan akademik. Selain itu, ia bertujuan melahirkan insan yang cemerlang untuk diri, keluarga dan masyarakat.Program ini dirancang khusus untuk membantu para ibu bapa untuk memahami dan mengetahui proses perkembangan dan pembelajaran anak-anak. Disamping itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa.

Pin It on Pinterest

Share This