Program Semarak Puteri telah diadakan pada 10-12 April 2019 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri JPN Negeri Sembilan (KEM PUSAKO) Hassan Basir, Sg Jelutong, Batu Kikir Negeri Sembilan. Program ini anjuran bersama PPIM Negeri Johor dan PPIM Negeri Sembilan. PPIM Negeri Johor, PPIM Negeri Melaka, PPIM Negeri Sembilan, PPIM negeri Selangor, PPIM Kuala Lumpur
dan PPIM Putrajaya telah menyertai Program Semarak kali ini. Penyertaan seramai 40 orang ahli PPIM setiap negeri (20 orang dari sekolah rendah dan 20 orang dari sekolah menengah). Seorang murid PPIM SKBC telah terpilih mewakili Negeri Selangor dalam Program Semarak Puteri. Kreatiria pemilihan, murid PPIM perlu ada pangkat Puteri Bongsu. Aktiviti yang dipertandingkan dalam Program Semarak Puteri ialah Tatacara Perjumpaan (untuk SK dan SMK),Congkak, Pertolongan Cemas, Doodle dan Nasyid (untuk SK) manakala Lagu Patriotik, Qasidah, Kraftangan, Jahitan Tulang Belut dan Pidato untuk SMK. Semua pertandingan ini diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri (Kem Pusako).
Recent Comments