Pada 14 Jun 2019 telah dilaksanakan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah.Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang begitu teruja menyambutnya,walaupun agenda ini sudah menjadi agenda tahunan.Alhamdulillah,antara objektif perlaksanaan progaram yang telah tercapai ialah dapat mengeratkan hubungan antara guru -guru dan murid-murid serta warga skbc.
Selain itu,dapat mewujudkan nilai-nilai murni dalam diri setiap murid seperti bekerjasama dan sikap saling bantu membantu diantara murid,bergotong royong bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Kemeriahan sambutan Hari Raya terserlah dengan semua warga SKBC memakai baju raya yang berwarna warni serta saling kunjung mengunjung di antara guru dan murid tahun 1,4,5 dan 6 bagi sessi pagi,begitu juga bagi sessi petang iaitu tahun 2 dan 3.Moga majlis seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun kerana perpaduan yang erat dapat dilihat dari pelbagai kaum terutamanya anak2 orang asli..
Recent Comments