• Pada 17 hingga 20 Februari 2020 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah mengambil bahagian di dalam Kejohanan Olahraga MSSD Kuala Langat kali ke 52 yang bertempat di Stadium Kolej Matrikulasi Selangor. Pasukan Olahraga ini diiringi oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum,Puan S Rosy Binti Ahman,Cikgu Izzat Iskandar Bin Farisa dan Cikgu Mohammad Khairil Hazim Bin Badaru’din selaku jurulatih serta Cikgu Nor Azila Binti Shaharuddin sebagai pengurus pasukan.
  • Pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang (SKBC) menghantar penyertaan dalam kedua dua kategori iaitu acara balapan dan padang.Bermula hari pertama sehingga hari ketiga kejohanan, para peserta SKBC berjaya menempatkan diri di peringkat separuh akhir dan akhir bagi acara 100m,200m dan 4x200m.

    Meskipun kurang menyerlah di dalam acara padang, hari keempat iaitu kemuncak kejohanan menyaksikan dua pingat acara balapan berjaya diraih oleh Pasukan SKBC . Pingat perak disumbangkan oleh Muhammad Afif Ikmal Bin Mohd Zaidi dalam acara individu 200m (L5) dan beliau turut menyumbangkan pingat gangsa bersama barisan kuartet 4x200m(L4) iaitu Ammar Faiz Bin Mohd Kamal,Abdika Tahir Bin Sukirmo,Muhammad Amirul Haziq Bin Abdullah.

    Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada jurulatih dan semua peserta yang telah bertungkus lumus berlatih dan berusaha dalam setiap acara tanpa mengira penat dan lelah.Medal itu satu bonus,apa yang lebih penting adalah semangat kesukanan,ketekunan dan kerjasama yang berjaya diterapkan antara pasukan.Semoga kejayaan Pasukan Olahraga SKBC ini menjadi inspirasi kepada murid murid lain dan dapat di teruskan dengan bantuan dan sokongan semua pihak terutamanya ibu bapa dan sekolah.

    “We Win as One!”

    Pin It on Pinterest

    Share This