Sijangkang Jaya, Banting, 29 Januari 2020 (Rabu),‘Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Itulah yang disematkan di dalam hati pemain-pemain bola tampar kategori perempuan bawah 12 tahun yang dianggotai seramai 12 orang pemain yang terdiri daripada adik Nuwairah Qaisara binti Zailan, adik Norhamdania binti Hamdan, adik Nuriman Zulaikha binti Mohd Rahime, adik Raudhatul Jannah binti Muhammad Azli, adik Noor Qistina Dania binti Mohd Radzley, adik Zuliana Ain Atiqah binti Abdul Halim, adik Fatin Qaisara binti Salisida, adik Mya Sara Danisha binti Mohisham, adik Hani Humairah binti Mohd Haswandy, adik Nur Sofea Adriana binti Mohd Suhaimi, adik Noor Rayhana Syazwani binti Ahmad Zamani dan adik Hani Naurah binti Mohd Nakhoie. Pertandingan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya yang bermula pada jam 9.15 pagi yang turut disertai oleh 11 buah sekolah yang lain iaitu tuan rumah sendiri, Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya seterusnya Sekolah Kebangsaan Jenjarom, Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu, Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding, Sekolah Kebangsaan Bandar Banting , Sekolah Kebangsaan Morib, Sekolah Kebangsaan Sungai Kelambu, Sekolah Kebangsaan Batu laut, Sekolah Kebangsaan Jugra dan Sekolah Kebangsaan Seri Lanang. Menurut jurulatih pasukan bola tampar Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Encik Mohd Nakhoie bin Ahmad Badawi, “Latihan yang dilakukan setiap hari di waktu petang untuk semua pemain diharapkan berbaloi dan akan mendapat tempat pada pertandingan kali ini”. Pemain daripada pasukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mendapat undian dalam kumpulan C bersama-sama dengan Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya, Sekolah Kebangsaan Seri Lanang dan Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu. Pada set pertama, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang menewaskan Sekolah Kebangsaan Sijangkang Jaya A iaitu 15-10, 15-11 dan 15-10. Seterusnya pada set yang kedua, Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menewaskan Sekolah Kebangsaan Seri Lanang daripada kumpulan B iaitu 15-13 dan 15-8. Selaku juara kumpulan C, pada peringkat separuh akhir Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding dan kemenangan berpihak kepada Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding dengan mendapat mata 15-12,14-16 dan 15-14 sekaligus Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang mendapat tempat ketiga berkongsi tempat dengan Sekolah Kebangsaan Seri Lanang. Peringkat akhir, Sekolah Kebangsaan Seri Cheeding bertemu Sekolah Kebangsaan Morib dan juara disandang oleh Sekolah Kebangsaan Morib.

Pin It on Pinterest

Share This