SK Bukit Changgang telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah pada 14 Januari yang lalu. Kejohanan ini adalah salah satu acara tahunan yang akan dilaksanakan pada awal tahun sebagai persediaan sekolah untuk mengikuti kejohanan merentas desa peringkat daerah yang akan dilaksanakan selepas ini. Ia juga bertepatan dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan semua murid terlibat dengan Program 1 murid 1 sukan.

                Kejohanan ini telah disertai oleh semua murid tahun 4, 5, dan 6. Jarak yang dilalui oleh mereka pula adalah sejauh 4 km selari dengan jarak kejohanan merentas desa peringkat daerah. Kawasan kejohanan pula meliputi sebahagian kecil daripada Kampung Bukit Changgang. Kerjasama yang amat baik juga telah diberikan oleh penduduk kampung sepanjang kejohanan ini berlangsung.

                Pada tahun ini, semua rumah sukan telah memberikan saingan yang amat baik antara satu sama lain. Semua murid rumah sukan begitu teruja untuk menyumbang mata pada rumah sukan masing-masing. Tiada istilah penat sepanjang kejohanan ini berlangsung. Walaubagaimanapun, murid rumah sukan yang telah bersedia dengan latihan yang baik berjaya menyumbang jumlah mata yang terbanyak.

                Berikut adalah kutipan mata yang diperoleh sepanjang kejohanan ini berlangsung;

                                                PERWIRA (Kuning) = 71 mata

                                                PERKASA (Hijau)     = 68 mata

                                                PANGLIMA (Ungu) = 67 mata

                                                PENDEKAR (Merah) = 63 mata

                                                PAHLAWAN (Biru)   = 29 mata

                Tahniah kepada rumah Perwira (Kuning) kerana telah menjuarai kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada tahun ini. Semoga rumah sukan yang lain akan terus bangkit bersaing pada kejohanan sukan tahunan yang dirancang dijalankan pada bulan Mac akan datang. Tahniah kepada murid yang telah menyertai kejohanan pada tahun ini. Akal yang cerdas datangnya dari tubuh badan yang sihat dan cergas.

Semangat Kental Berjiwa Cekal

Sesi senaman pagi
Sesi senaman pagi
Pelepasan murid
Teruskan hingga ke garisan penamat
Jurus di atas angin
Tak sabar nak tunggu siapa yang sampai dulu ni
Hebat orang statistik kita
Terima kasih ustazah Rozaini
Berat piala pusingan ni..Terima kasih jurulatih En. Asrin
Guru-guru rumah Kuning
Tahun ini kami punya

Pin It on Pinterest

Share This