Pada 21 Januari 2020 yang lalu, Unit Bimbingan Dan Kaunseling (UBK) serta Unit tahun 6 telah menjalankan PMD khusus untuk murid-murid tahun 6. Di antara objektif dijalankan PMD ini ialah untuk mendedahkan murid peranan dan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Seterusnya untuk meningkatkan motivasi diri murid, mendedahkan kemahiran belajar yang berkesan serta mewujudkan sikap bekerjasama dan berdikari di kalangan murid-murid.

Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Tn. Hj. Ridzuan b. Mohamed. Diikuti pula dengan ucapan PK Pentadbiran, En.Zailan b. Mohd Zaid. En. Zailan mengingatkan murid-murid tentang persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Aktiviti diteruskan lagi dengan taklimat disiplin yang disampaikan oleh En. Mohamad Khairil Hazim, Guru Disiplin SKBC. Beliau menceritakan serba sedikit tentang disiplin murid. Untuk berjaya, murid-murid perlulah mematuhi disiplin yang telah ditetapkan, jangan sesekali melanggar disiplin.

Seterusnya aktiviti ice breaking dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti ini dipimpin oleh En. Badrul Hisham b. Mohamad. Murid-murid dibahagikan kepada 15 kumpulan kecil. Mereka diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam. Di sini kita boleh melihat kerjasama dalam kumpulan.

Akhir sekali dibuat rumusan tentang program pada hari ini. Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas iaitu Muhammad Aqil.

Diharapkan program ini dapat memberi pengalaman kepada murid-murid dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Tn.Hj.Ridzuan mengetuai bacaan doa untuk program ini.
En. Zailan b. Mohd Zaid, PK Pentadbiran SKBC menyampaikan ucapan dan nasihat kepada murid tahun 6.
En. Mohd Khairil Hazim, Guru Disiplin menyampaikan taklimat disiplin kepada murid tahun 6.
Murid-murid mendengar dengan khusyuk penerangan yang diberikan.
Murid-murid melakukan ice breaking yang dipimpin oleh En. Badrul Hisham.
Murid-murid melakukan aktiviti yang diminta oleh En.Badrul Hisham.
En.Badrul Hisham memastikan murid-murid membuat aktiviti yang diminta.
Murid-murid bergambar dengan Pn.S.Rosy, PK Kokurikulum.

Pin It on Pinterest

Share This