Pada 29 Februari 2020 (Sabtu) yang lalu, SK Bukit Changgang telah mengadakan Program Permuafakatan Ibu bapa/ Penjaga dan Guru-guru tahun 6.

Program ini merupakan satu aktiviti yang dirancang di bawah Unit Tahun 6 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kurikulum serta PIBG. Program ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang perancangan aktiviti tahun 6 serta memberi peluang kepada ibu bapa berdiskusi secara terbuka sebagai usaha ke arah peningkatan prestasi UPSR bagi tahun ini.

Di antara objektif program ini ialah: 1) Mengingatkan ibu bapa/ penjaga tentang peranan mereka dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak.

2) Berkongsi idea dan pandangan bagi menjalinkan kerjasama antara ibu bapa/ penjaga dengan guru-guru.

3) Meningkatkan prestasi UPSR agar unggul di peringkat zon.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn.Hj.Ridzuan b.Mohamed.

Seterusnya ucapan, En.Mohamad Ali b. Alimin, Guru Besar SKBC dan memberi ceramah motivasi kepada ibu bapa/ penjaga untuk kali ini. Guru Besar mengingatkan ibu bapa tentang peranan mereka terhadap anak-anak. Beliau juga menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting demi kecemerlangan anak-anak.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tn.Hj.Bahaman b. Hj.Amat Jiman, NYDP PIBG SKBC. Beliau mengingatkan ibu bapa supaya sentiasa mengambil berat tentang keperluan anak-anak.

Seterusnya ditayangkan slaid video untuk memperkenalkan guru-guru tahun 6 yang mengajar anak mereka.

Majlis diteruskan lagi dengan pengenalan tentang PPSR dan sasaran UPSR 2020. En. Zailan b. Mohd Zaid, PK Pentadbiran SKBC menjelaskan perkara ini. Semasa penjelasan perkara ini juga diadakan dialog untuk ibu bapa bertanya apa yang mereka kurang faham. Guru-guru, wakil Panitia Mata pelajaran
membantu menjawab persoalan ibu bapa.

Seterusnya, Pn.Azlinda bt.Saad, Penyelaras tahun 6, membentangkan Program Kecemerlangan UPSR 2020 dan belanjawan tahun 6. Ibu bapa diterangkan mengenai beberapa program yang akan dijalankan dan jumlah kewangan yang perlu dibelanjakan untuk program berkenaan.

Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar ibu bapa. Lafaz ikrar ini diketuai oleh En.Ahmad Murni b. Abdul Wahab. Semua ibu bapa dan guru melafazkan ikrar ini.

Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada ibu bapa/penjaga murid. Diharapkan kerjasama yang baik ini berterusan. Diharapkan juga ia dapat memberi sinar dalam pencapaian UPSR 2020 nanti.

Pendaftaran ibu bapa/ Penjaga murid
tahun 6
Antara ibu bapa / Penjaga yang hadir.
Pn. Nur Izza sebagai juruacara untuk program ini.
Pn. Norizan Zakaria juga sebagai juruacara untuk program ini.
Tn.Hj. Ridzuan b. Mohamed memimpin bacaan doa.
Ucapan Guru Besar, En. Mohamad Ali b. Alimin dan ceramah motivasi kepada ibu bapa / Penjaga
Tn.Hj.Bahaman b. Hj.Amat Jiman, NYDP PIBG, sedang menyampaikan ucapan.
Barisan guru-guru tahun 6.
En.Zailan b. Mohd Zaid,PK Pentadbiran SKBC sedang menyampaikan taklimat tentang PPSR dan target UPSR 2020.
Pn. Saliana sedang berkongsi idea semasa sesi dialog bersama ibu bapa tentang mata pelajaran Matematik.
Ibu bapa juga berkongsi idea dalam perjumpaan ini.
Ibu bapa juga berkongsi idea dalam perjumpaan ini.
En.Mohd Khairil Hazim, guru disiplin SKBC juga mengingatkan ibu bapa supaya anak-anak tidak terlibat dalam masalah disiplin.
Pn.Azlinda bt. Saad, Penyelaras tahun 6, membentangkan Program Kecemerlangan murid tahun 6 dan belanjawan tahun 6.
En.Ahmad Murni, wakil ibu bapa mengetuai bacaan ikrar .
Ibu bapa sedang membaca ikrar.
Guru-guru juga turut membaca ikrar.

Pin It on Pinterest

Share This