Sukantara yang melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 6 telah dijalankan pada 6 & 9 Mac 2020 bertempat di padang Sk Bukit Changgang. Antara acara yang disenaraikan ialah lompat jauh dan lari pecut 80meter bagi murid Tahun 1, lompat jauh dan lari 100m bagi murid tahun 2 dan 3 serta lompat jauh, lompat tinggi,lontar peluru serta lari pecut 100m bagi murid tahun 4,5 dan 6.

Sukantara adalah di mana semua murid diberi peluang sama rata melibatkan diri untuk menyumbang mata bagi rumah sukan masing masing. Uniknya pada tahun ini murid tahun 1,2 dan 3 juga turut terlibat. Setiap murid yang menyertai sukantara ini akan memperolehi satu mata dan jika berjaya melepasi had minimum kelayakan yang ditetapkan , murid akan memungut dua dan seterusnya tiga mata.

Murid rumah merah membuat balingan lontar peluru
Murid rumah hijau ketika acara lompat tinggi
Menunggu giliran membuat lompatan
Murid tahun 1 dalam acara lompat jauh
Guru bertugas acara balapan mengira mata terkumpul setiap rumah

Keputusan Sukantara SK Bukit Changgang Tahun 2020 :

Rumah Merah Emas : 1(LP) Perak: 0 Gangsa:1(LT)

Rumah Ungu Emas: 0 Perak: 0 Gangsa: 0

Rumah Kuning Emas:2(100M/LJ) Perak: 1 Gangsa:0

Rumah Biru Emas:0 Perak: 3 (100M/LJ/LT) Gangsa:0

Hijau Emas:1(LT) Perak:0 Gangsa:3 (100M/LJ/LP)

Catatan :

LP : Lontar Peluru

LJ: LompaT jauh

LT : Lompat Tinggi

100m : Lari pecut 100m/80m(tahap 1)

Jumlah keseluruhan pingat sukantara : Emas : 4, Perak : 4, Gangsa : 4.

Semua pungutan pingat dimasukkan ke dalam kiraan pingat keseluruhan rumah sukan.

Disebalik cuaca panas yang menerangi padang SK Bukit Changgang, murid dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan semua guru memberikan komitmen yang jitu bagi melaksanakan tugas masing masing. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua Warga Sk Bukit Changgang

Majulah Sukan untuk SK Bukit Changgang!

Pin It on Pinterest

Share This