Pada tarikh 12 dan 13 Mac 2020 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang kali ke-45. Acara yang sepatutnya dijadualkan pada 14 Mac 2020, dianjakkan pada tarikh yang lebih awal atas dasar keprihatinan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan pihak sekolah untuk menyekat penularan wabak penyakit “Covid-19” yang melanda Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya.

Walaubagaimanapun, di sebalik kekangan tersebut, segala acara berjalan lancar berkat kerjasama semua kakitangan SK Bukit Changgang, murid-murid dan para ibu bapa. Sebanyak 59 acara dijalankan pada kedua- dua hari tersebut yang merangkumi acara balapan dan sukaneka melibatkan semua murid Tahun 1 sehingga Tahun 6. Acara perbarisan rumah sukan yang merupakan acara kemuncak kejohanan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Persaingan pungutan medal antara rumah sukan berakhir dengan kemenangan berpihak pada Rumah Merah (25 emas,17 perak 22 gangsa) diikuti dengan Rumah Kuning (20 emas,8 perak,16 gangsa),Rumah Hijau (17 emas,22 perak, 21 gangsa),Rumah Biru (12 emas,12 perak,22 gangsa) dan seterusnya Rumah Ungu (8 emas,23 perak,24 gangsa). Nampaknya Rumah Merah masih belum dapat diganggu gugat oleh rumah-rumah sukan lain sehingga saat ini.

Walaupun di sebalik pelbagai kekangan yang dihadapi, kejohanan sukan telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan tahunan 2020. Sekalung penghargaan diberikan kepada semua Para Pentadbir Sk Bukit Changgang, AJK Pelaksana, guru – guru, PIBG dan yang paling utama murid murid SK Bukit Changgang yang telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi sepanjang kejohanan berlangsung.

Sukan sebagai alat perpaduan yang dapat menanam jati diri murid-murid haruslah dipupuk sejak dari kecil lagi. Selain itu, marilah sama – sama kita berdoa agar warga SK Bukit Changgang tabah dan sentiasa akur kepada arahan terkini dari pihak berkuasa untuk memutuskan rangkaian wabak penyakit “Covid-19” yang melanda seluruh dunia pada ketika ini.

Acara balapan
Acara Sukaneka
Penyampaian Hadiah Oleh YDP PIBG Sk Bukit Changgang Dato Ngadenin Bin Musa
Penyampaian Hadiah Oleh Guru Besar SK Bukit Changgang Encik Mohamad Ali Bin Alimin
Penyampaian Hadiah oleh GPK Kokurikulum Puan S Rosy Binti Ahman
Penyampaian Hadiah Oleh GPK Petang Encik Azman
Antara ibu bapa yang sempat hadir memeriahkan majlis

Pin It on Pinterest

Share This