Bengkel yang diadakan selama tiga hari ini mengikut panitia bertujuan untuk mematuhi arahan penjarakkan sosial  dalam kalangan guru supaya pendamik covid-19 tidak menular di kawasan sekolah. Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zailan bin Mohd Zaid telah memberi penerangan dan membimbing semua guru yang terlibat dalam bengkel tersebut.

Google Meet merupakan alat komunikasi berbentuk video yang dikendalikan oleh Google. Manfaat penggunaannya dapat membantu dan memudahkan para guru dan pelajar untuk mengadakan  pembelajaran  jarak jauh secara atas talian. Aplikasi ini sangat mudah diguna dan boleh melancarkan segala tugasan. Selain itu, aplikasi ini mudah diakses di semua  platform seperti di desktop, laptop, iPad, mahupun di telefon bimbit.

Encik Zailan memulakan bengkel pertama yang disertai oleh para guru daripada Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 25 Jun 2020.
25 orang guru yang terlibat  dalam sesi pertama perlu membawa alat peranti yang dapat mengakses internet supaya perjalanan bengkel  lancar dan berkesan.

Pada 26 Julai 2020, Encik Zailan meneruskan bengkel Google Meet bagi sesi kedua yang melibatkan para guru daripada Panitia Matematik dan Sains.
Guru-guru diminta membuka Google  Meet dan menjemput rakan- rakan untuk berkongsi ilmu sebagai latihan pada kali ini.
Guru-guru memberi tumpuan sepenuhnya dalam bengkel ini.
21 orang guru dapat melibatkan diri dalam bengkel yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi di dewan sekolah.
Encik Hazim diberi ruang untuk  satu perkongsian mengenai aplikasi Word Wall.
Bengkel Google Meet sesi ketiga dijalankan pada 30 Jun 2020. Bengkel kali ini dihadiri oleh  para ustaz dan ustazah  Panitia Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab.
Guru yang tidak dapat mengikuti bengkel sebelum ini turut bersama-sama berkumpul di dewan ini. Dalam sesi kali ini seramai 20 orang guru yang dapat hadir dan memberikan sepenuh perhatian terhadap ilmu yang disampaikan oleh En. Zailan.
Walaupun ada beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh guru seperti talian internet dan kata laluan GC, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berada di situ hingga ke akhir bengkel.
Semoga pengisian ilmu yang diperoleh daripada bengkel ini dapat membantu guru-guru menjalankan Pdpc atas talian dengan lebih baik dan berkesan.

Pin It on Pinterest

Share This