Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin penting dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang sentiasa berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini, wajar menguasai penggunaan ICT agar proses Pdpc dalam kelas berjalan lancar. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Program TS25 yang sedang dilaksanakan di SK Bukit Changgang juga merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi. Bagi merealisasikan hasrat tersebut Bengkel Kemahiran Penggunaan ICT dalam Pdpc telah dijalankan selama 4 hari bermula 10 Ogos 2020 hingga 13 Ogos 2020.
Bengkel ini dijalankan mengikut panitia dan melibatkan semua guru. Antara pengisian bengkel ialah cara mengguna dan memasang Lcd dan Screenbeam. Selain itu guru-guru juga diberi peluang untuk menggunakan Electronic Smart board.
Semoga bengkel yang dijalankan dapat menggalakkan para guru SKBC menggunakan peranti ICT dalam Pdpc untuk melahirkan pendidik yang kompeten dalam alaf baru.
Recent Comments