Pada 6 hingga 8 Mei 2020 (Rabu hingga Jumaat) Jabatan Pembangunan Latihan IPG Kampus Pendidikan Islam telah menganjurkan kuiz dan latihan Kokurikulum Unit Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah dalam talian semasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Siri 1 /2020. Penyertaan terbuka kepada guru dan murid-murid.
Kuiz ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu: Bahagian 1- Sejarah Penubuhan KRS dan TKRS (20 soalan) Bahagian 2- Perlembagaan TKRS (40 Soalan) Bahagian 3- Latihan bidang kemahiran TKRS (10 soalan)
Setiap bahagian akan dinilai secara berpusat oleh pihak IPG Kampus Pendidikan Islam. Untuk skor 50% ke atas, sijil pencapaian akan dihantar ke emel masing-masing.
Beberapa orang guru dan murid SK Bukit Changgang telah menyertai Kuiz tersebut iaitu: Guru 1. Puan Rozaini binti Ismail. 2. Puan Fauziah binti Ahmad. 3. Pn Sharifah Nurul Ain binti Syed 4. Puan Salmah bintiSalimin. 5. Encik Fitri Aziz bin Sahlan. 6. Encik Izzat Iskandar bin Farisa 7. Encik Muhammad Khairul Hanan bin Khalid
Murid 1. Nurul Aina binti Abdul Zaidi. 2. Muhammad Adib Imran bin Mohammad Nizan.
Pihak sekolah berharap pertandingan kuiz ini patut dilaksanakan pada setiap tahun untuk merangsang minda guru dan murid ke arah kecemerlangan dalam unit uniform yang disertai.
Recent Comments