Seramai 2 orang pentadbir SK Bukit Changgang iaitu En Zailan bin Mohd Zaid dan Pn S.Rosy bt Ahman dan Setiausaha TS25, Pn Fauziah binti Ahmad telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Sungai Manggis, Banting pada 29 Julai 2020.

Lawatan kali pertama ini adalah berfokus kepada Program Sekolah Transformasi (TS) serta berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan program TS kedua-dua buah sekolah. SK Bukit Changgang merupakan sekolah Transformasi kohort 5.0 manakala SK Sungai Manggis pula kohort 3.0.

Selain itu, lawatan ini juga adalah sebagai perkongsian pintar, sebagai prapenanda aras dan perolehan input-input yang berguna untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi kedua-dua buah sekolah.

Pn Fauziah, Setiausaha TS25 SK Changgang mempetoleh maklumat yang baru daripada Setiausaha TS25 SK Sungai Manggis, Pn. Ronna.
GPK Pentadbiran SK Sungai Manggis En. Raihan berkongsi banyak maklumat yang penting kepada GPK Pentadbiran SK Bukit Changgang, En. Zailan b. Mohd Zaid.
Guru Media SK Sungai Manggis menerangkan banyak maklumat mengenai TS25 menggunakan slaid yang telah disediakan untuk kegunaan beliau ketika setiap kali menerima kunjungan daripada pihak luar.
En Zailan dan Pn S. Rosy melihat fail-fail yang perlu disediakan untuk sekolah. Selain itu, bahan- bahan pembelajaran yang dikumpul sebagai eviden turut dipamerkan.
Pelbagai bahan pembelajaran murid dijadikan sebagai eviden dan disimpan di tempat yang selamat.
Sijil-sijil penghargaan dan hadiah yang diterima turut dipamerkan untuk tatapan pengunjung.
Maklumat yang penting didokumentasikan mengikut kategori yang ditetapkan
Transformasi bagi setiap lokasi didokumentasikan untuk rujukan sekolah dan pihak yang berkenaan.

Pihak SK Bukit Changgang amat menghargai perkongsian maklumat daripada SK Sungai Manggis. Semoga jalinan daripada perkongsian idea ini dapat membantu kedua-dua buah sekolah mencapai kecemerlangan dan kemenjadian murid.

Pin It on Pinterest

Share This