Pada 17 Januari 2020 bersamaan dengan hari Jumaat, satu program bacaan Surah Yasin dan Solat Sunat Hajat telah dilaksanakan di SK Bukit Changgang. Tujuan utama perlaksanaan program ini ialah yakin dan percaya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan pertolongan dan keselamatan kepada semua umatnya.

Program ini dimulai dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil. Semua murid telah dikumpulkan di Dataran Nilam termasuklah murid tahun 1. Semua guru bersama-sama berada di Dataran Nilam untuk membaca Surah Yasin dan Tahlil serta menjaga disiplin murid. Bacaan Surah Yasin dan Tahlil telah diketuai oleh Ustaz Mohd Nakhoie b Ahmad Badawi.

Setelah selesai membaca Surah Yasin dan Tahlil, murid tahun satu diarahkan masuk semula ke dalam kelas masing-masing dan guru mata pelajaran semasa dikehendaki berada di dalam kelas berkenaan. Manakala murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 digerakkan ke surau untuk melaksanakan Solat Sunat Hajat dan Sunat Dhuha bersama-sama.

Pin It on Pinterest

Share This