Pada 15 hingga 26 Jun 2020 telah berlangsung Minggu Bahasa Melayu. Program tersebut adalah anjuran Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang (SKBC). Tujuan program ini dijalankan ialah menggalakkan murid menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan terkawal, mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharudan memberi pendedahan dan pengetahuan dalam kemahiran menyampaikan puisi seperti sajak, syair, pidato, dan sebagainya.
Selaras dengan perkembangan teknologi dan keadaan semasa PKP, pertandingan diadakan menerusi alam maya iaitu secara dalam talian menggunakan komputer atau telefon bimbit. Murid-murid yang ingin menyertai pertandingan perlu menghantar video yang dirakam ketika berada di rumah masing-masing kepada guru.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu tersebut ialah seperti pertandingan membaca petikan (tahun 1), bercerita (tahun 2 dan tahun 4), bersyair (tahun 3), berpidato dan bersajak (tahun 6).
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya boleh cuba pada masa akan datang.
Recent Comments