Kejohanan Bola Jaring Sekolah Rendah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS) telah berlangsung pada 24 hingga 27 Febuari 2020. Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah diamanahkan menjadi pengurus pasukan Kuala Langat bagi pasukan Bola Jaring Bawah 12 tahun.
Kejohanan tersebut telah berlangsung di Kompleks Rakan Muda Puchong. Daerah Petaling Utama telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut.
Berikut merupakan Kontinjen Bola Jaring Bawah 12 tahun :

Ketua Kontinjen : Puan S Rosy Binti Ahman
Pengerusi Teknik (R) : Cik Siti Not Aidah Binti Yaakob
Pengurus : Puan Norfaezah Binti Johari
Pen. Pengurus : Puan Sarminah Binti Maji
Jurulatih : Puan Asuza Binti Abdul Hamid
Pen. Jurulatih : Puan Nor Hidayah Binti Senin
Fisioterapi/Kecergasan : Puan Yuznaili Binti Mohd Elmy.
Pengadil : Cik Nur Syiffa Farhana Binti Mohd Hashim

Barisan pengurus dan Jurulatih Kuala Langat


Pemain :

  1. Irena Farisha
  2. Nurwiqayah
  3. Ikhmah Nur Afifah
  4. Siti Norsyafiqah
  5. Nur Safiya Aleya
  6. Nur Aliyah Wafa
  7. Fikriyah Hannani
  8. Nur Ariana Fasha
  9. Shafnatun Ariesha
  10. Siti Aqilah Qistina
pemain bola jaring U12 Kuala Langat

Alhamdulillah Daerah Kuala Langat telah menduduki tempat ketiga manakala Daerah Petaling Utama di tempat kedua dan Daerah Klang mengungguli kedudukan Pertama bagi tahun 2020. Harapan kami, semoga para pemain dapat meneruskan bakat yang ada demi menerajui bidang sukan, agama bangsa Dan negara.

” Majulah Sukan Untuk Negara”.

Pin It on Pinterest

Share This