Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan 15 Julai 2020 merupakan tarikh pembukaan semula bagi tahun Lima dan Enam dan Tahun Satu hingga Empat pada hari Rabu 22 Julai 2020.

Sebagai langkah persediaan awal untuk pembukaan semula sekolah rendah, pihak sekolah SK Bukit Changgang juga mengambil inisiatif untuk membuat persiapan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPM.
Taklimat Pembukaan Semula Sekolah telah diadakan pada 8 Julai 2020 oleh GPK HEM En. Zainal bin Misman dan melibat beberapa unit HEM seperti Unit Keselamatan dan Bencana, Unit Pengurusan Kelas, Unit Pengurusan Bilik Selesa, Unit Kantin, Unit APDM, Unit Kebersihan dan Keceriaan, Unit Kesihatan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Aktiviti Gotong Royong telah dilaksanakan bersama-sama melibatkan semua guru dan warga SK Bukit Changgang. Persiapan rapi telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi menerima kehadiran murid selepas COVID-19 dengan menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan murid.

Antaranya membuat penjarakan 1meter antara meja ke meja, membuat laluan keluar masuk, melabel penjarakan pada ruang berbaris pembelian dan pengambilan makanan di kantin sekolah, menyediakan sinki dan sabun pencuci tangan di hadapan semua kelas, menyediakan buku rekod maklumat murid yang bergejala yang diasingkan di bilik kesihatan, mensanitasi semua bilik darjah dan sebagainya.
Poster-poster COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan COVID-19 dipamerkan dilaluan yang strategik di kawasan sekolah. Guru Kelas juga menampal info-info yang berkaitan COVID-19 di dalam kelas masing-masing

Laporan disediakan oleh : Pn. Rafidah Binti Abdul Aziz

Pin It on Pinterest

Share This