Karnival Bahasa Sekolah Menengah /Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kuala Langat 2020 telah diadakan pada bulan Julai 2020 . Panitia Bahasa Inggeris telah mengambil bahagian dalam ‘Poetry Recitation Competition’. Pertandingan ini telah diadakan secara ‘online’ pada 21 Julai 2020 dengan bertemakan ‘ONE FOR ALL, ALL FOR ONE’.

Peserta SK Bukit Changgang

Teacher Izatil telah bertanggungjawab dalam penyediaan skrip. Sekolah telah diwakili oleh Hannah Nur Syazwina dari kelas 6 Karisma dan telah dilatih oleh Teacher Cancira.
Terdapat 6 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini. Walaupun adik Hannah Nur Syazwani hanya mendapat saguhati, namun penyertaannya telah meningkatkan tahap keyakinan diri (self -esteem) dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Seri Delima pada 14 Ogos 2020. Teacher Cancira selaku guru pembimbing telah hadir dalam majlis tersebut. Sijil penyertaan dan hadiah telah diberikan oleh pihak PPD Kuala Langat.
CONGRATS HANNAH NUR SYAZWINA..

Penyampaian hadiah oleh pihak PPD
Sek yang menyertai acara Poetry Recitation Competition

Pin It on Pinterest

Share This