Program generasi e-sukan Selangor 2.0 adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama genbijakdotmy dan persatuan e-sukan Selangor tahun 2020. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membendung isu ketidakhadiran murid dan meningkatkan sahsiah murid dengan pengisian yang dapat menerapkan elemen sihat semasa permainan e-sukan dilaksanakan.
SK Bukit Changgang telah menyahut cabaran yang diberikan oleh JPN Selangor dengan menghantar pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Antara e-sukan yang dijalankan adalah permainan PUBG dan juga MOBILE LEGEND. Pertandingan ini dijalankan bermula 7 Ogos 2020 hingga 23 Ogos 2020. Hanya berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad di rumah masing-masing. Setiap penyertaan juga akan mendapat sijil negeri.
Permainan MOBILE LEGEND telah disertai oleh 256 pasukan dari seluruh Selangor dan SK Bukit Changgang telah menghantar 5 pasukan iaitu:
- SK Bukit Changgang 1
- SK Bukit Changgang 2
- SK Bukit Changgang 3
- SK Bukit Changgang 4
- SK Bukit Changgang 5
SK Bukit Changgang 1 diwakili oleh adibimran011, dddd, aku budak tebing, Ammar faizbc, Fredoz, dan juga Boosku_gaming. SK Bukit Changgang 2 diwakili oleh xine, rush_kimi, sensey tm, tm cicak tm, the dark world, dan juga lil man t3t gxme 99. SK Bukit Changgang 3 diwakili oleh hafiq, shah798, pxg yennzz, whisper_r, adam kawan sejati, dan juga neelofa. SK Bukit Changgang 4 night wolf, ikram gaming, maschoo, alif iqmal, nihgt atlas, dan juga ghosy. SK Bukit Changgang 5 pula diwakili adam jr power, limited adi, emilya2006, #12 mvp selamanya, skbc pro, dan juga fwd-42.
Permainan PUBG telah disertai oleh 222 pasukan dari seluruh Selangor dan SK Bukit Changgang telah menghantar 3 pasukan iaitu:
- SK Bukit Changgang 1
- SK Bukit Changgang 2
- SK Bukit Changgang 3
SK Bukit Changgang 1 diwakili oleh makcikpolis, argpro7, kingtigerww2, arg knock, dan juga majikan naga. SK Bukit Changgang 2 pula diwakili oleh mirulbc, zafranadip, TTpai01, rip the king, dan juga adxm. SK Bukit Changgang 3 pula diwakili oleh rzbmshakir, aydx’’/11, tengu, mpgxmanjiqx dan juga deadflem1243.
Keputusan penuh untuk e-sukan SK BUKIT CHANGGANG adalah seperti berikut:
MOBILE LEGEND ; Pasukan SK Bukit Changgang 2 sahaja yang berjaya ke pusingan ke-4 manakala pasukan yang lain SK BUKIT CHANGGANG 1, 3, 4, dan 5 hanya berjaya ke pusingan ke-2 sahaja.
PUBG ; Pasukan SK Bukit Changgang 1 sahaja yang berjaya ke pentas akhir dan mendapat tempat ke-9 daripada 222 buah pasukan. Pasukan SK Bukit Changgang 2 pula hanya layak ke peringkat separuh akhir manakala pasukan SK Bukit Changgang 3 hanya bermain di pusingan awal.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang menyertai e-sukan pada siri 2.0 ini. Semoga kecemerlangan dalam permainan ini boleh diterjemah sebaiknya di dalam kelas semasa sesi pembelajaran.
SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL
Recent Comments