Pada 2 Januari hingga 22 Januari 2020 Sk Bukit Changgang telah melaksanakan Program Transisi Tahun 1 dan Guru Penyayang untuk sesi 2020.

Kebanyakan aktiviti berlangsung didalam kelas tahun 1 masing – masing , di dalam dewan dan di Dataran Nilam SKBC.

Sasaran adalah murid tahun 1 yang berjumlah 221 orang.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, penerangan tentang peraturan sekolah, disiplin semasa berada dalam kawasan sekolah, program pra bacaan, pra tulisan, melukis, mewarna, bercerita, mengira benda maujud, senamrobik, sukaneka dan diakhiri dengan jamuan penutup serta pemberian saguhati kepada semua murid – murid yang terlibat dalam program ini.

Impak dari program ini ialah, memberi masa kepada murid – murid agar dapat menyesuaikan diri dengan rakan dan situasi yang baharu. Program ini juga, mendedahkan murid kepada keadaan dan persekitaran persekolahan formal yang sebenar. Ianya juga dapat mewujudkan mood ceria dan seronok murid – murid untuk hadir ke sekolah. Program ini meliputi pelbagai aktiviti dan kemahiran pembelajaran serta lembaran kerja untuk semua mata pelajaran yang telah dirangka, dirancang oleh guru mengikut mata pelajaran masing – masing. Lembaran kerja berkenaan telah dibukukan supaya pelaksanaan aktiviti dapat diselaraskan.

Laporan disediakan oleh : Pn. Noor Fardhuha Binti Chuteh

Pin It on Pinterest

Share This