SK Bukit Changgang mengadakan sambutan hari lahir murid-murid SKBC dari bulan Januari hingga Disember 2020. Namun begitu pada tahun ini, hanya sempat mengadakan sambutan hari lahir bagi bulan Januari dan Februari sahaja. Ini adalah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang bermula 18 Mac 2020. Kemudian diteruskan lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Program ini merupakan satu aktiviti yang amat disukai oleh murid-murid. Murid-murid dapat mengingati tarikh penting dalam hidup mereka iaitu tarikh lahir mereka. Sambutan yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Sambutan ini juga merupakan salah satu aktiviti dalam Program Guru Penyayang. Selain itu, murid dapat merasakan bahawa mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan apabila dapat menyambut hari lahir mereka bersama-sama
Di antara objektif program ini ialah: 1) Murid berasa seronok datang ke sekolah. 2) Murid yang menyambut hari lahir akan berasa dihargai oleh guru, warga sekolah dan rakan-rakan. 3) Dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan murid dan murid serta murid dan guru.
Program ini adalah anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid serta PIBG.
Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah berharap murid-murid akan berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka.
Recent Comments