Setiap tahun MILO Malaysia akan mengunjungi sekolah di seluruh negara dengan van MILO yang ikonik untuk merangsang permulaan tahun persekolahan dan memupuk tabiat mengambil sarapan dalam kalangan rakyat negara ini.

Bertepatan dengan hasrat ini, pada 11 Februari 2020, wakil MILO Malaysia telah berkunjung ke SK Bukit Changgang untuk berkongsi kebaikan mengambil minuman MILO sebagai sarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran agar murid-murid dapat memberi tumpuan penuh terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru.

Seawal jam 7:00 pagi wakil syarikat MILO telah tiba ke sekolah untuk mempersiapkan keperluan.

Bermula jam 7:30 pagi semua murid SK Bukit Changgang berkumpul di dataran perhimpunan untuk melakukan senaman sebelum minum MILO yang disediakan.

Semua murid dan guru berpuas hati dan sangat berterima kasih dengan kunjungan wakil MILO ini. Semoga kerjasama ini berterusan pada masa hadapan.

Pin It on Pinterest

Share This