Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menganjurkan Pertandingan Koakademik Bahasa Dalam Talian Peringkat Negeri Selangor Tahun 2020 pada bulan September yang lalu. Aktiviti ini merupakan inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Pertandingan Peringkat Daerah telah dijalankan sepanjang bulan Julai 2020. Tiga (3) pemenang daripada setiap daerah diberi peluang untuk bertanding di Peringkat Negeri.

Pertandingan Peringkat Negeri pula bermula pada 18 Ogos sehingga 4 September dengan menggunakan Aplikasi Zoom. Peserta diberi tarikh dan masa untuk bersiaran langsung dengan para juri. Peserta juga telah diberi pilihan nombor untuk menentukan tajuk soalan spontan yang akan dikemukakan. Selepas itu, peserta diminta melihat gambar yang terdapat di skrin dalam masa satu minit dan kemudiannya diberi masa tiga minit pula untuk mula bercerita berdasarkan gambar tersebut.

Daerah Kuala Langat telah diwakili oleh SK Bukit Changgang, SK Olak Lempit dan SK Kanchong Tengah bagi Tahap 1. Manakala bagi Tahap 2 pula di wakili oleh SK Jalan Tanjung, SK Labohan Dagang dan SK Bukit Changgang.

Peserta dari SK Bukit Changgang iaitu Siti Nur Damia Safiya Binti Mohd Fakhzan (Tahap 1) telah berjaya mendapat tempat keempat di peringkat negeri. Manakala Nurul Hannan binti Mohd. Sani (Tahap 2) sekadar mendapat sijil penyertaan.

Walaubagaimana pun, tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta daripada SKBC ini kerana telah berjaya mewakili Daerah Kuala Langat ke peringkat negeri.

Keputusan penuh pertandingan bagi Tahap 1 adalah, johan-Daerah Hulu Langat , naib johan- Petaling Perdana, ketiga- Klang, keempat – Kuala Langat dan kelima-Hulu Selangor. Manakala bagi Tahap 2 pula, johan-Kuala Selangor, naib johan- Gombak, ketiga- Klang, keempat- Petaling Perdana dan kelima -Gombak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan yang lebih gemilang di tahun hadapan.

Adik Siti Nur Damia Safiya binti Mohd Fakhzan

Adik Nurul Hannan binti Mohd Sani

Laporan disediakan oleh : Pn. Norizan binti Zakaria

Pin It on Pinterest

Share This