Program Pembangunan Sukan Catur Majlis Sukan Daerah Kuala Langat bagi tahun 2020 telah berlangsung pada 6-9 Oktober 2020. Sukan ini diadakan secara dalam talian di sekolah masing-masing.

Bagi kategori sekolah rendah, acara telah berlangsung pada 6 Oktober 2020 iaitu kategori individu lelaki dan perempuan bawah 11 tahun. Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang telah menghantar 8 orang murid bawah 11 tahun iaitu 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.

Sebanyak 20 buah sekolah di daerah Kuala Langat telah menyertai pertandingan ini. Pemain lelaki seramai 74 orang dan pemain perempuan pula seramai 64 orang.

Berikut merupakan pemain yang mewakili SK Bukit Changgang :
1. Muhammad Nu’man Zakwan bin Zainasrie
2. Muhammad Bariqi Najmuddin bin Azlan
3. Mohamad Haziq Fikri bin Mohd Huzaimi
4. Mohammad Adam Haikal bin Mohamad Nazri
5. Nurul Nadhirah binti Mohamad Yamin
6. Amirah Tohirah binti Rizal
7. Raudhatul Jannah binti Muhamad Azli
8. Nur Shafiqah binti Mohamad Nazri

Pusingan individu telah ditetapkan sebanyak 7 pusingan bagi pemain lelaki dan 6 pusingan bagi pemain perempuan. Untuk pertama kalinya 3 orang murid SK Bukit Changgang telah tercalon dalam kedudukan 20 dan mereka ini telah tersenarai untuk bermain pada peringkat seterusnya pada 9 Oktober 2020.

Pada peringkat ini murid yang terlibat ialah Nurul Nadhirah binti Mohamad Yamin (kedudukan ke-8), Raudhatul Jannah binti Muhamad Azli (kedudukan ke-10) dan Mohamad Haziq Fikri bin Mohd Huzaimi (kedudukan ke-20).

Keputusan keseluruhan bagi kategori lelaki ialah Mohamad Haziq Fikri bin Mohd Huzaimi berjaya memperoleh kedudukan ke-20 daripada 74 peserta.

Bagi kategori perempuan pula,
Nurul Nadhirah binti Mohamad Yamin telah berjaya untuk berada di kedudukan ke-12 daripada 64 peserta manakala Raudhatul Jannah binti Muhamad Azli berjaya berada di kedudukan ke-18 daripada 64 peserta.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh kedudukan yang terbaik. Sijil pencapaian diberikan kepada 20 pemain terbaik sahaja.

Bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang, pasukan pelapis sekolah perlu dicari dan dilatih lebih awal lagi dan lebih giat bagi memastikan kemenangan pasukan sekolah pada masa akan datang. Selain itu pemain perlu didedahkan kepada pertandingan –pertandingan catur terbuka yang sering diadakan oleh pihak luar. Hal ini membolehkan murid lebih bersedia bagi menghadapi pesaing yang lebih hebat.

Laporan disediakan oleh : Pn. Suzelawati binti Zakaria

Pin It on Pinterest

Share This