Kementerian Pendidikan Malaysia giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016-2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan insfrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi ; peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.
Skor Kompetensi Digital ( Digital Competency Score- DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi( gamification) yang bertujuan untuk menilai Kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. DCS telah bermula pada tahun 2016. Pada tahun ini, DCS telah diperluas kepada semua sekolah di bawah KPM.
Di SK Bukit Changgang, penilaian DCS ini telah dilaksanakan secara atas talian di kediaman masing-masing yang bermula dari 1 Oktober 2020 hingga 30 November 2020 yang melibatkan 42 orang murid tahun 6 sahaja. Guru TMK yang terlibat ialah Cikgu Siti Norbaizura binti Abdul Malik. Melalui aktiviti ini, seorang murid mendapat tahap tertinggi, DIGITAL INNOVATOR iaitu Balqis Syahirah binti SUFIAN manakala 32 orang murid mendapat tahap DIGITAL ADVANCE dan selebihnya mendapat tahap DIGITAL INTERMEDIATE.
Walaupun murid-murid melalui pelbagai kesukaran untuk menyertai DCS disebabkan oleh ketiadaan peranti dan talian internet yang sering terganggu, namun kesungguhan mereka membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Program DCS yang menarik ini wajar diteruskan kerana murid- murid dewasa ini lebih terdorong dalam mengikut pembelajaran dan penerokaan di atas talian.
Recent Comments