Kementerian Pendidikan Malaysia giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016-2020) ialah penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan insfrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi ; peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan.

Skor Kompetensi Digital ( Digital Competency Score- DCS) adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi( gamification) yang bertujuan untuk menilai Kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. DCS telah bermula pada tahun 2016. Pada tahun ini, DCS telah diperluas kepada semua sekolah di bawah KPM.

Di SK Bukit Changgang, penilaian DCS ini telah dilaksanakan secara atas talian di kediaman masing-masing yang bermula dari 1 Oktober 2020 hingga 30 November 2020 yang melibatkan 42 orang murid tahun 6 sahaja. Guru TMK yang terlibat ialah Cikgu Siti Norbaizura binti Abdul Malik. Melalui aktiviti ini, seorang murid mendapat tahap tertinggi, DIGITAL INNOVATOR iaitu Balqis Syahirah binti SUFIAN manakala 32 orang murid mendapat tahap DIGITAL ADVANCE dan selebihnya mendapat tahap DIGITAL INTERMEDIATE.

Murid-murid khusyuk menyelesaikan DCS sehingga level 20.
Soalan yang diberi menguji minda murid-murid yang terdiri daripada pelbagai aspek seperti Matematik, Sains dan logik akal.
Murid-murid yang berjaya akan menerima sijil.
Guru TMK mudah memantau penyertaan murid melalui Dashboard sekolah.
Sijil-sijil yang menarik disediakan untuk murid yang terlibat dan markah ini telah dimasukkan dalam PAJSK mereka.
Senarai nama murid-murid dan tahap pencapaian yang telah diperoleh.

Walaupun murid-murid melalui pelbagai kesukaran untuk menyertai DCS disebabkan oleh ketiadaan peranti dan talian internet yang sering terganggu, namun kesungguhan mereka membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Program DCS yang menarik ini wajar diteruskan kerana murid- murid dewasa ini lebih terdorong dalam mengikut pembelajaran dan penerokaan di atas talian.

Pin It on Pinterest

Share This