Syukur alhamdulillah apabila dua murid SK Bukit Changgang berjaya meraih naib johan dan tempat ke 3 dalam Pertandingan Mencipta Video Kemahiran Kriket MSS Selangor. Muhammad Hamimi Aiman bin Mohd. Rodzi dan Amirul Irfan bin Azhar @ Jasmin seperti tidak percaya apabila keputusan pertandingan diumumkan.

Setelah mendominasi peringkat daerah dengan meraih johan dan naib johan, mereka berdua terus mewakili MSSD Kuala Langat ke peringkat negeri. Penggambaran yang dibuat pada penghujung bulan Ogos mengambil masa 1 minggu untuk siap setiap video. Walaupun tewas di peringkat negeri, ianya satu pengalaman yang berharga. Tahniah buat Muhammad Hamimi Aiman dan Amirul Irfan.

Pin It on Pinterest

Share This