Pada 1 Oktober 2020 hingga 15 Oktober 2020 , seramai 5 orang telah mewakili pasukan unit uniform SK Bukit Changgang telah menyertai pertandingan membina gajet. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan dikelolakan oleh SK Pandamaran Jaya, Klang. Penyertaan adalah secara individu dan kumpulan dan terbahagi kepada 10 kategori. Objektif pertandingan gajet tersebut dapat membentuk semangat berdisplin. kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkeyakinan, bertangungjawab, kemahiran berinteraksi di samping skill survival kehidupan serta keperihatinan dalam mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Untuk wakil SK Bukit Changgang penyertaan adalah untuk kategori Sekolah Rendah Individu (10 hingga 12 tahun ) dan kategori Kumpulan (10 hingga 12 tahun ).

Namun disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sejak Mac hingga sekarang telah membantutkan usaha pada peringkat awal lagi untuk merealisasikan impian pasukan pengakap yang mewakili sekolah menyertai pertandingan tersebut. Penularan Covid untuk gelombang kedua telah menyebabkan sekolah terpaksa ditutup.

Disebabkan itu juga hanya satu penyertaan peringkat individu sahaja yang dapat dihasilkan yang diwakili oleh Muhammad Adib Imran Bin Mohamad Nizan dari kelas 6 Karisma. Beliau merupakan ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah. Tarikh tutup untuk pertandingan gajet tersebut juga telah ditunda pada 29 november 2020. Replika gajet perkhemahan adalah dihasilkan dengan menggunakan sama ada kayu, lidi, buluh atau bahan-bahan lain yang dirasakan sesuai. Setiap replika yang dihasilkan mestilah menggunakan sekurang-kurangnya 3 jenis ikatan dan simpulan. Saiz ukuran bagi setiap replika mestilah tidak melebihi ukuran 50cm lebar, 50cm panjang dan 80cm tinggi. Video penerangan berdurasi 4 minit berkaitan replika perlu disediakan serta mengandungi maklumat nama rekaan gajet, kategori pertandingan , saiz ukuran gajet, label nama dan jenis ikatan dan kegunaan gajet. Hasil penyertaan tersebut, Muhammad Adib telah memperolehi Pingat Gangsa dan berjaya mendapat peralatan perkhemahan dan sijil penyertaan.

Secara keseluruhannya, pertandingan membina replika gajet kraf perkhemahan tersebut dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari semasa menyertai aktiviti kokurikulum pasukan badan beruniform dalam kehidupan seharian..

‘SEMANGAT KENTAL BERJIWA CEKAL’

Pin It on Pinterest

Share This