SK Bukit Changgang telah mengadakan Program Minda Sihat bermula dari bulan Julai sehingga Disember 2020. Namun demikian program hanya dapat dijalankan sehingga 13 Oktober sahaja disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 14 Oktober sehingga tamat persekolahan akibat pandemik Covid-19.

Program Minda Sihat di sekolah dalam kebiasaan baharu dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik Covid-19 atau krisis yang berlaku. Program ini menggunakan tema “Minda Sihat Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.

Objektif Program Minda Sihat ialah:1) Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental. 2) Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau krisis yang berlaku. 3) Melaksanakan intervensi bagi menguruskan emosi dalam kalangan murid. 4) Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan emosi. 5) Memugarkan emosi murid bagi menyokong kesejahteraan diri.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah memberi info tentang minda sihat kepada murid-murid di dalam kelas, Program DJ Cilik Minda Sihat dan R & R Minda. Program DJ Cilik Minda Sihat ini dijalankan semasa rehat iaitu pukul 10.05 – 10.10 pagi. DJ yang bertugas terdiri daripada murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Manakala Program R & R Minda pula, disediakan permainan kreatif/ minda dan mesin urut. Murid yang bertugas di tempat ini juga ialah murid-murid Pembimbing Rakan Sebaya(PRS).

Secara keseluruhannya aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar. Namun begitu aktiviti ini tidak dapat diteruskan pada 14 Oktober sehingga 18 Disember 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat pandemik Covid-19. Aktiviti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Murid-murid sedang membuat aktiviti Program Minda Sihat di dalam kelas.
Murid-murid sedang membuat aktiviti Program Minda Sihat di dalam kelas.
Murid-murid PRS sedang berlatih untuk program DJ Cilik Minda Sihat.
Murid sedang beraksi untuk program DJ Cilik Minda Sihat.
Murid sedang menggunakan mesin urut, sambil dipantau oleh PRS yang bertugas.
Murid-murid sedang bermain permainan kreatif / minda sambil dibantu oleh murid PRS.

Pin It on Pinterest

Share This