Pada bulan Oktober 2020, SK Bukit Changgang telah terpilih mewakili Daerah Kuala Langat ke Peringkat Negeri Selangor dalam Pertandingan Penarafan Pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya Unggul tahun 2020.

Penarafan ini bertujuan mengiktiraf Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah rendah dan menengah yang berkesan, berkeyakinan dan mempunyai kemahiran asas kaunseling dalam membantu rakan sebaya serta menjadi contoh teladan kepada murid yang lain. PRS juga turut menyumbang tenaga, idea dan kemahiran di peringkat sekolah, komuniti hingga ke peringkat antarabangsa.

Pelbagai instrumen penilaian yang diperlukan untuk pertandingan ini. SK Bukit Changgang juga turut menyediakan semua instrumen penilaian yang dikehendaki. Namun begitu untuk tahun ini SKBC belum ada rezeki untuk menjadi pemenangnya.

Ahli PRS menerima watikah pelantikan tahun 2020.
PRS membantu guru membawa barang.
PRS berlatih untuk program DJ Cilik Minda Sihat.
Ahli PRS sedang beraksi untuk program DJ Cilik Minda Sihat.
Ahli PRS sedang beraksi untuk program DJ Cilik Minda Sihat.
Ahli PRS sedang bertugas di R & R Minda.
Ahli PRS sedang bertugas dan membimbing rakan dalam permainan minda.
PRS mengikuti kursus PRS Bongsu Daerah Kuala Langat pada tahun 2019.

Pin It on Pinterest

Share This